Friday, June 29, 2012

Vemmaku di Sana sini

Masa cepat berlalu. Rupanya dah hampir sebulan saya tak sempat mengupdate blog  ni.  Sebenarnya, dalam tempoh sebulan ni, macam macam berlaku di vemma. Sana sini Vemma. Jadi, jika anda yang belum sertai kami, jom lah ikut gelombang hebat Vemma ni. Sepintas lalu, sepanjang bulan Jun 2012 di Vemma.


Vemma di Shah Alam. Tetap Happening setiap 2 minggu


Walau pun berpanas terik, DL Suriana tetap seronok melayan tetamu yang amat berminat dengan kehebatan Produk Vemma di Kuala Kubu Baru.


Team DUIT yang di ketuai olah DL Norizan dan DL Tajuddin, meriah dgn pelbagai aktiviti di Jempol, NS


Tekun mendengar peluang di Bisnes Prebiu Seremban.  Bakal2 jutawan vemma ni. Insyaallah..

.
Semangat oren yang membara . Kami bersedia! Anda bila lagi?



Perjumpaan team Vemma di Bogor, Indonesia. 



Vemma Fast Start Training di Jakarta, Hotel Ciputra. Meriah Bangat...



Vemma Jomboree di Bukit Tinggi. Tahniah pada DL Nordin Saad dan Gold Leader Rodziah Ismail yang juga join



Dlm pelbagai aktiviti Vemma, Leader baru terus di lahirkan. Kebanyakan mereka adalah muka baru yang bersemangat waja. Jauh dari upline bukan penghalang. Jika mereka boleh, anda pun boleh.

Tahniah pada Alejandra, leader kedua dari Philiphine.!

Tahniah pada Azmi yang naik rank lagi ke Platinum. Platinum pertama di Singapura.

Tahniah pada diamond leader baru, Izzat, dari Singapura. 

Pada 30 June ni, ada 2 program serentak . Iaitu  New Member Orientation di Jakarta dan juga Bisnes Prebieu di Jerteh. Jika anda ada impian, jom sertai kami. Hubungi enroller anda segera ya.


Bersama menuju puncak
Siti Hajjar Abdul Majid


Tuesday, June 5, 2012

Kenapalah aku tak kaya kaya?



Tajuk ni macam biasa dengarkan.. Namun suka untuk saya kongsikan juga sebagai peringatan. Manusia itu kan mudah lupa, jadi harus diingatkan selalu. Terutamanya pada diri saya sendiri. Kalau asyik citer pasal bisnes aje semata2...bosan jugak...kita perlu fikir juga root nyer. Kenapa susah sgt bisnes kita nak menjadi... sedangkan rezeki tu 9/10 dtgnya dari bisnes.  Macamnana nak kaya, kalo asyik tak menjadi aje...
Perlukah kita kaya?  Ya, kita patut kaya. Sebab dengan kaya aje kita boleh membantu ramai orang dan bantuan itulah yang akan membuatkan kita kaya dunia dan akhirat ..Bantuan itu tidak semestinya wang ringgit...ilmu yang diberi atau di share juga adalah bantuan juga....itupun kalau kita buat dengan ikhlas...kalo niat nak menunjuk nunjuk...rugi le..
Mungkin sesetengah orang akan bertanya pada Allah “kenapa aku masih hidup miskin sedangkan aku bekerja kuat dan tak putus-putus berdoa”... "kenapalah duit ku masih tak cukup2 dan hutang masih keliling pinggang...."

Kenapa agaknya?


Kalau soalan “kenapa” tentu hanya Allah yang boleh menjawabnya. Tapi soalan saya “kenapa agaknya”.
Dari segi logik akal kenapa Allah tidak memakbulkan doa kita untuk menjadi kaya?
Mungkin,
1. Allah tahu jika kita menjadi kaya kita akan menjadi sombong
2. Allah tahu jika kita menjadi kaya kita akan lupa berdoa kepadanya
3. Allah masih mahu menguji kita sejauh mana kita akan bersabar dengan ujian berada di dalam kemiskinan / kesederhanaan sama ada kita merungut, atau tidak
4. Belum masanya Allah mahu berikan kita kesenangan kepada kita dengan kemewahan
Terlalu banyak kemungkinan yang kadang-kala tidak terjangkau oleh pemikiran kita.Allah tahu sesuatu yang kita tidak ketahui.
Allah mahu kita sentiasa meminta dan merayu kepadaNya. Tetapi jangan pula kita meminta yang bukan-bukan. Jika sekadar meminta dan berdoa pun tanpa usaha jangan bermimpi Allah akan tunaikan hasrat kita. Allah akan memberi mengikut kemampuan kita. Tapi tidak mustahil juga Allah akan memberi sesuatu kepada hambaNya walaupun hambaNya kurang usaha dan itu dinamakan Istidraj. Itu juga adalah salah satu bentuk ujian.
Manusia kadang-kala nampak kekayaan itu hanya dari segi material sahaja. Kaya harta belum tentu bahagia. Kebahagiaan itu juga adalah satu kekayaan. Pernah tidak kita rasa “mudahnya urusan aku” , satu perkara selesai tanpa ada masalah yang serius. Mungkin doa kita dah dimakbulkan cuma dalam bentuk yang lain.
Allah tak berikan kita kekayaan tapi Allah permudahkan urusan kita. Apa guna banyak duit tapi banyak kesulitan dalam hidup? Apa guna gaji besar tapi hutang keliling pinggang. Pernahkah kita terasa duit yang ada pada kita sekejap sahaja habis dan kita tidak nampak apa yang kita beli? Mungkin ini juga ada kaitan dengan keberkatan. Ada orang gajinya kecil namun mampu membeli macam-macam. Simpanannya, juga sudah banyak berbanding kita yang gaji lebih besar tapi langsung tak ada simpanan. Fikir-fikirkan.


Allah menurunkan ujian kerana Allah mahu kita sentiasa ingat padaNya
Persoalan-persoalan yang dicipta itu sangat bagus jika kita fikirkan sebab musababnya. Bukan merintih kenapa dan terus merintih. Kerana Allah mahu kita sentiasa dekat padaNya. Sentiasa menyebut namaNya. Percayalah suatu hari nanti pasti Allah akan gantikan kesedihan itu dengan kegembiraan.

Kita juga kena ingat dan terapkan dalam diri kita, kekayaan itu satu ujian. Memang saya pun kalau boleh inginkan harta yang banyak, nak beli apa pun boleh tetapi kalau dengan menjadi kaya mampu membuatkan saya melupakan Allah, saya redha jika saya hanya berada di level sederhana. Cukup makan dan pakai serta boleh membahagiakan keluarga.
Letakkan keyakinan dan kepercayaan pada Allah swt. Put your belive in Allah. InsyaAllah.

Klik share di page ini. Kongsi lah info ini dgn teman2 anda supaya kita sama2 boleh bermuhasabah diri ...

Bersama Menuju Ke PUncak Kejayaan



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...