Profile Syarikat


VeMMA adalah sebuah syarikat yang diuruskan oleh keluarga dan berasaskan nilai keluarga dan ditubuhkan oleh pengasas New Vision. New Vision yang ditubuhkan sejak lebih 18 tahun yang lalu ialah pemimpin dalam industri kesihatan dan mencapai jumlah jualan runcit yang melebihi USD$1 bilion dolar





New Vision telah menjadi sebuah syarikat yang terkemuka, kukuh dan boleh dipercayai dalam industri pemasaran rangkaian. New Vision beroperasi dari Ibu Pejabat baru seluas 26,000 kaki persegi di 8322, East Hartford Drive, Scottsdale, Arizona, Amerika Syarikat.

Syarikat ini juga mempunyai sebuah pusat pengedaran yang canggih seluas 25,000 kaki persegi serta sebuah kemudahan perkilangan cecair di Tempe, Arizona. Walau bagaimanpun di dalam industri pemasaran rangkaian (multilevel marketing), kadar syarikat baru yang gagal pada tahun pertama adalah sebanyak 90% dan disusuli lebih 98% dalam tempoh lima tahun, New Vision telah mencapai kejayaan dan keuntungan selama sepuluh tahun. Malah, yang lebih mengagumkan ialah New Vision telah membayar royalti lebih USD$500 juta dolar kepada ahli-ahlinya dan tidak pernah lewat menghantar cek-cek royalti atau menunaikan janjinya kepada para ahli.

BK Boreyko


Kedua-dua New Vision dan VeMMA dimiliki oleh BK Boreyko dan adik perempuannya, Karen dan Lauren. Ibu bapa mereka, Ben dan Dottie Boreyko ialah pemasar rangkaian yang berjaya. Mereka telah lama terlibat dalam industri ini sejak zaman kanak-kanak mereka. Pada umur 7 tahun, BK bermula membantu ibu bapanya mengendalikan perniagaan Amway mereka. Pada umur 18 tahun beliau menubuhkan perniagaan pengedaran Amway sendiri sehingga peringkat PS Direct. Apabila beliau berumur 30-an , beliau dan keluarganya telah melancarkan pemasaran rangkaian generasi baru yang dinamakan New Vision. New Vision ditubuhkan berasaskan kekuatan dan keberanian ibu mereka yang telah meninggal dunia akibat penyakit kanser, setahun sebelum New Vision ditubuhkan.
BK Boreyko with sons


Misi New Vision agak mudah, iaitu meningkatkan kualiti hidup keluarga dari segi fizikal dan kewangan. Dalam beberapa bulan sahaja, syarikat ini telah mencapai pertumbuhan dan kejayaan yang mengagumkan oleh berkat kepimpinan yang dinamik sehingga disifatkan sebagai 'kapal roket' oleh majalah Success Magazine. Tidak lama kemudian, BK dan adiknya Jason telah dihadiahi Anugerah Usahawan Cemerlang di Arizona oleh Ernst and Young atas berbagai-bagai inovasi dan sumbangan syarikat mereka.

BK bersyukur dengan setiap kejayaan dan restu yang dialami dan telah menggunakan sumber peribadi dan syarikat untuk membantu mereka yang kurang bernasib dengan menyumbang lebih daripada USD$2.5 juta dolar kepada berbagai-bagai pertubuhan dan kegiatan amal seperti Habitat for Humanity, Dream Centre, United Way, Yayasan Hutan Hujan dan Yayasan Dottie Boreyko (untuk membantu golongan belia di bandar).

New Vision telah memperkaya hidup beribu-ribu orang di Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Singapura, Malaysia, Filipina, Australia dan New Zealand. Syarikat yang mantap dan dihormati ini memberikan ketenangan hati kepada Ahli Pasukan (pemimpin luar), Pemain Pasukan (kakitangan Ibu Pejabat) dan Para Pelanggan kerana mereka sedar bahawa masa, tenaga dan sumber yang dilabur oleh mereka di dalam New Vision pada hari ini akan mendatangkan ganjaran kepada mereka pada hari esok.

BK Boreyko bersama dengan Team dari Malaysia pada Vemma Convention 2010, di Las Vegas . Jumlah penyertaan lebih 5000 orang dari seluruh dunia.

VeMMA ialah hasil usaha dan pengalaman yang dilaburkan dalam bidang pemasaran rangkaian selama 18 tahun untuk mencipta peluang yang sempurna bagi 10 tahun yang akan datang serta masa depan selepas itu! Ini ialah peluang anda untuk mencapai hidup kaya dan bahagia yang akan memberi anda kebebasan dan keselesaan yang kita semua harap-harapkan dengan sokongan kukuh yang diberi oleh sebuah syarikat gergasi yang sungguh berjaya di dalam industri pemasaran rangkaian.




Pejabat Vemma Di MalaysiaBerikut Merupakan Alamat & Lokasi Pejabat Vemma Di Malaysia.



Vemmatrition Sdn. Bhd. (713201-U) (AJL931611)
23-3 Block D, Jaya One,
72-A Jalan University,
46200 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.

Tel:             03-79552222 begin_of_the_skype_highlighting            03-79552222      end_of_the_skype_highlighting      
Fax: 03-79562222
Office hour: 10 am-7 pm Mon-Friday

10 am - 2pm - Saturday
Ahad/Cuti Umum: TUTUP


BAGAIMANA NAK KE VEMMA OFFICE?

(Berhadapan Matrikulasi UIA, Berhampiran PPUM)
*kalau naik Putra LRT, boleh turun di stesen Taman Jaya atau Asia Jaya, kemudian ambil teksi cakap nak turun “Jaya One”
Bila sampai Jaya One, Cari Blok D,
kemudian cari Pintu/Lif nombor 21-23.
Naik ke tingkat:
Tingkat 2 : Dewan Seminar Vemma Malaysia / Dewan Training.
Tingkat 3 : Customer Service (Urusan Pembayaran/Pengambilan Produk)







HQ Vemma terletak di Jaya One, Petaling Jaya.Vemma adalah pasaran antarabangsa, dan pada Ogos 2008 Vemma telah memilki pejabat sendiri di Malaysia atau dikenali sebagai HQ Vemma.Pejabat VeMMA didirikan di Malaysia untuk tujuan penghantaran produk secara kurier dan pembayaran bonus, pertanyaan akaun vemma, dan lain-lain urusan berkenaan vemma.


Segala urusan boleh dirujuk di pejabat ini.

Waktu Dewan Seminar Vemma Malaysia:
Selasa dan Jumaat: 8.00PM-10.30PM (Business Preview)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...