Thursday, May 17, 2012

Anda nak berjaya??




Semua orang ingin berjaya. Tidak ada orang yang ingin gagal kan? Memang rasa seronok bila berjaya. Cuma kadang2, ada orang ingin berjaya tetapi dah menetapkan kegagalan untuk dirinya. Paham tak apa maksud saya? Hendak berjaya...tetapi  meletakkan pelbagai alasan. Tahukah anda, satu alasan pun dah cukup  untuk membuatkan anda gagal?


Saya tak pandai...saya tak tahu...saya tak reti....saya tak ada itu...saya tak ada ini....ini antara ungkapan yang biasa kita dengar. Mereka sebenarnya dah meletakkan batu blok yang besar di depan diri mereka sendiri. Mereka halang diri mereka sendiri dari capai kejayaan.


FOR THINGS TO CHANGE, U NEED TO CHANGE FIRST
DARE TO CHANGE!


Kali ini, saya terasa nak berkongsi sesuatu yang saya rasa semua orang  perlu  ada jika ingin berjaya...tak kiralah...berjaya dalam kerjaya ke, berjaya dalam bisnes ke...  Artikel ini saya jumpa ketika mencari ilmu di internet...cuma ianya dlm bahasa inggeris.  Saya cuba translate ikut kepahaman saya. Apa-apa pun, dari artikel ini, apa yang boleh saya simpulkan, kejayaan adalah bergantung sepenuhnya pada sikap anda dan bukan pada kemahiran anda. Jadi, jika anda tidak mahir itu, tidak mahir ini...itu tidak jadi masalah jika anda serius hendak berubah dan berjaya.  Bila anda ada segala sikap untuk berjaya..anda sebenarnya sudah temui kunci kejayaan itu...cuma tambahkan doa dan istiqamah.


Apa yang anda perlu ada untuk berjaya?


MINAT DAN SUKA YANG MENDALAM DI DALAM APA YANG ANDA LAKUKAN

Jika anda melakukan sesuatu kerana anda suka dan minat yang mendalam, anda tidak akan mudah putus asa. Hasilnya akan datang secara otomatik iaitu kebebasan kewangan dan keseronokan.



USAHA
Anda perlu bekerja keras dan berusaha. Usaha dan usaha. Tidak ada perkara yang datang begitu senang di dalam dunia ini. Terus  usaha sebab anda minat dan suka. Anda akan enjoy apa yang anda buat.


SENTIASA BUAT YANG TERBAIK
Tidak ada magik tertentu untuk jadi terbaik.  Anda hanya perlu praktis dan praktis. Berterusan.  Sanggup membuang ego untuk belajar dan belajar dan seterusnya ,praktik kan.


FOKUS
Letak kan target atas diri anda dan letakkan segala usaha dan tenaga anda untuk mencapai nya.


KUASAI DIRI ANDA
Tiada siapa yang lebih tahu tentang diri anda kecuali diri anda sendiri. JIka anda tahu anda pemalu, ...lawan perasaan malu itu. Kita bukan nak buat dosa. Jadi tidak ada sebab itu malu. Anda perlu kawal mental dan fizikal anda ke arah kejayaan.  Push and push yourself. Jika 1000 orang kata anda tak boleh, tapi jika anda kata anda boleh.. anda sebenarnya boleh lakukan. Kuasai diri anda.




 JAGA PERHUBUNGAN
Hargai perhubungan anda sesama manusia. Jangan pentingkan diri sendiri. Belajar menghargai dan belajar memberi. Belajar memberi kasih sayang dan perhatian. The more you give, the more you will get. Ini hukum alam.




IDEA
Anda perlu ada idea. Selalunya bila dah suka, bila dah minat, bila kita dah hendak, pelbagai idea akan datang untuk bantu kita kearah apa yang kita impikan. Lebih banyak idea, lebih banyak penglibatan, anda akan lebih kreatif untuk memastikan kejayaan anda. Macam orang dah jatuh cinta pada seseorang...pasti secara automatik, pelabagai idea akan dtg untuk memastikan si dia jadi pasangan anda.  Nak dapatkan idea ni, anda perlu:
i. Mendengar
ii. Memerhatikan
iii.  Ada sifat ingin tahu
iv. Rajin bertanya
v. Selesaikan segala permasalahan atau pertanyaan
vi. Berhubung dan berkawan dengan mentor atau org yang  positif
vii. Berterusan (persistence)
Ini paling paling penting untuk capai kejayaan. Jika ada tidak usaha berterusan secara konsisten, anda mungkin akan gagal. Dengan adanya sikap ini, anda akan mampu melawan segala kritikan, penolakan dan tekanan.


SEBENARNYA KUNCI KEJAYAAN ITU SEMUANYA ADA PADA ANDA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...